Thursday, January 29, 2009

Sambutan Hari Lahir


Majlis sambutan hari lahir telah diadakan pada 29 Jan 09 di bilik minum pejabat bagi meraikan staf yang lahir pada bulan Januari ini. Semoga panjang umur dan murah rezeki kepada semua staf tersebut. Eisyeh....usia je dah tua, tapi jiwa muda lg. Bahaya tuh. Staf yang tersebut adalah :

  1. Lt Kol Sazali bin Sukardi - 29 Jan 64.
  2. Mej Hj Tofrowaih bin Hj Mat Amin - 22 Jan 62.
  3. Mej Elias bin Abdul Ghani - 5 Jan 65.
  4. Mej Fitri bin Fathilah - 26 Jan 78.
  5. Kpl Mohd Wira Kamarulzaman bin Ali Abdan.
  6. Kpl Hasrul Hasmadi bin Razak - 5 Jan 75.
  7. Kpl Che Soh bin Che Omar - 4 Jan 79.
  8. LKpl Osman bin Mohd Daud - 10 Jan 72.

Mengikut kajian Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah bin Kamsah ciri-ciri orang yang lahir bulan Januari ini ialah :

  1. bercita-cita tinggi - staf sini mmg semuanya bercita2 tinggi walau pun ada le jugak yg bonzai...ahaks...jgn marah.
  2. orangnya serius - eh yer ke....x pernah nampak serius pun.
  3. suka mendidik dan dididik - aisyeh.....macam silap bidang kerjaya je....kenapa tak jadi sifu yer.
  4. sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik - eh siapa tuh yer....jeng jeng jeng.
  5. rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan - wah wah....lumayan pak.
  6. suka berpenampilan kemas, kemas dan teratur - tp kenapa meja opis selalu bersepah ek...ooo busy lah kononnye.
  7. bersifat sensitif - ni mesti kalau tengok cerita sedih, dia meleleh dulu...tak macho sungguh.
  8. berfikiran mendalam - apalah yang difikir sgt tuh.
  9. pandai mengambil hati org lain - ada lah skit kot...eh ada ke???
  10. pendiam kecuali telah dirangsang - alah kalau tak dirangsang pun, kecoh 1 floor juga.
  11. agak pemalu - alamak....tersasar sungguh...semua macam muka tak malu jer.
  12. daya tumpuan yang sangat tinggi - ni kalau tengah buat kerja, pengarah lalu pun tak nampak....eh ke buat2 kerja masa pengarah lalu.
  13. mudah mendisiplinkan diri sendiri - kalau tak disiplin, tak jadi askar rasanya.
  14. badannya sihat tetapi mudah diserang selsema - uiks...nasib baik selsema jer, kalau meroyan ke sawan ke tak ke haru 1 opis.
  15. bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya - ewah....jiwang juga rupanya.
  16. cukup sayang pada kanak-kanak - yup...semuanya bapa yang penyayang.
  17. suka duduk rumah - alamak....tak cek le pulak.
  18. setia pada segala-galanya - pencinta setia lah konon.
  19. perlu belajar kemahiran sosial - eh ke dah terlebih bersosial.
  20. cukup cemburu yg sangat tinggi - ooo...patut le....cemburu tuh tandanya sayang.

Monday, January 19, 2009

Majlis Perpisahan Staf BBP TD

Majlis yang penuh bersejarah dan cemerlang gemilang terbilang ini telah diadakan di The Zon, Jalan Ampang pada 17 Jan 09. Majlis ini adalah bg meraikan seramai 7 x Pegawai, 7 x anggota Lain-lain Pangkat dan 1 x Awam yang telah bertukar keluar ke pasukan lain. Perghh...mmg seronok le mlm tuh, ditambah lg dpt makan free.













K
etibaan Pengarah BPP TD, Kol Abd Halim dan isteri, Pn Normah disambut oleh semua staf BPP TD. Sesi ramah mesra le lebih kurang.


Majlis dimulai dengan ucapan, Pengarah BPP TD. Eh... ke mc silap aturcara. Ermmm...sapa kah agaknya mc malam itu yer. Sebelah Pengarah tuh kot. Tapi Pengarah stop separuh jln bagi menghormati org yang sedang menunaikan solat Isyak dari Masjid Menara Kembar Petronas. Seterusnya bg memberkati majlis, dijemput al-ustaz Mej Ir Hj Tofrowaih untuk membacakan doa. Gaya cam mc le pulok.





Pegawai yang diraikan duduk semeja bersama pengarah. Sila-sila, jemput- jemput...jgn malu-malu.







P
engerusi BAKAT BPP TD dan ahli-ahli BAKAT. Eleh nak amik gambo pun malu.











S
elera sungguh makan.ni mesti puasa dr tengahari ni. Tak pe, dh bayo...makan je.




Bapak kumbang dikelilingi oleh ibu-ibu bunga. Nasib bini dok sebelah. Baju sedondon tuh nk bgtau kat org lain le, "itu laki, sy yg punya"...ahaks.







M
asa nak ambik gambo le dia buat-buat makan. Eh ke tengah SMS. Sapa kah agaknya tuh.










S
apalah amik gambar bergoyang ni...ishlah tangan tak bedung sungguh...mintah maap le yer.






A
ikss....tak makan banyak ke diaorg ni....tu lah badan kecik sgt.......rugi ooooo.








I
nilah bunga-bunga yang terdapat di taman BPP TD. Tapi semuanya dah disunting kumbang....aiseh melepas.





I
nilah meja yang paling strategik....paling dekat dengan hidangan.....asyik-asyik muka yang sama je bangun ambil makanan.








M
ajlis ini juga adalah sempena ulang tahun ke 2 tertubuhnya BPP TD iaitu pada 15 Jan 07.






S
edapnya kek ni.....tapi dah kenyang sangat. Nak tapau pun tak ada bekas.







S
eterusnya penyampaian cenderahati kepada staf yang bertukar keluar. Inilah cenderahatinya....uikss cute nya kotak. Tp cute lg yang ada dalam kotak tu.

Seterusnya adalah ucapan dr Pengarah dan ucapan balas oleh setiap staf yang bertukar keluar. Semua staf yang bertukar keluar mengucapkan ribuan terima kasih dan menyusun 10 jari jika ada salah dan silap. Warga BPP TD juga mengucapkan penghargaan kepada semua staf yang bertukar keluar atas sumbangan jasa yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di Bahagian ini. Semoga berjaya di unit baru kelak. Gempur! Wira!...Perghh...semangat tuh.

Kebajikan Tidak Dilupakan

Pada 5 Dis 08, Pengerusi BAKAT BPP TD, Pn Normah bt Yasin isteri kepada Pengarah BPP TD telah meluangkan masa melawat dan menyampaikan cenderahati kepada anak kedua 1106395 Kpl Hasrul Asmadi bin Razak dan Pn Suhaimah bt Che Lah iaitu Nur Ain Arissa bt Hasrul Hasmadi (3 Dis 08) di RKAT, DTHO. Lawatan diiringi oleh Pn Saerah bt Awang isteri kepada PS 2 Sukatan, Mej Elias dan AJK Kebajikan, Kapt Faizah. Semua warga BPP TD mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata pasangan tersebut dan semoga anak tersebut menjadi khalifah di dunia dan akhirat. Aisyeh....ayat cam skema exam le pulok.

Kesian dua org anak, 1104829 LKpl Rudzi b Ibrahim dan Pn Azanorehan bt Borhan iaitu Muhammad Shafiy Mukhriz b Rudzi ( 1 tahun 4 bln) dan Muhammad Shafiq Nadim b Rudzi ( 7 tahun) telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 11 - 15 Jan 09 kerana mengalami demam panas dan cirit birit. Lawatan diketuai oleh PS 2 Koord, Mej Rosly dan diiringi oleh Pn Rusnani bt Wan Ismail (Awam), Pn Rosnani bt Mad Radzi (Awam) dan Kapt Faizah. Semoga anak-anak pasangan tersebut kembali sihat dan ceria. Nak hadiah beso? hang tambah le anak lg...ooppsss.

Pada 16 Jan 09, Pn Normah bt Yasin dan Kapt Faizah telah melawat dan menyampaikan sumbangan kepada anak keempat 1141737 Pmd Nazry Khairul b Abu Bakar dan Pn Nen Aziah bt Amri iaitu Arisyah Nasuha bt Nazry Khairul (25 Nov 08) di Kg Medan, PJ. Semua warga BPP TD mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata pasangan tersebut dan semoga anak tersebut menjadi khalifah di dunia dan akhirat. Wah wah...aktifnya hang...rezeki jgn ditolak....ewah.

Friday, January 9, 2009

Posting Beramai2 Staf BPP TD

BPP TD memulakan tahun 2009 dengan menyaksikan berlaku pertukaran di dalam ahli keluarganya. Beberapa orang pegawai dan anggota telah dan akan bertukar ke pasukan baru. Mereka adalah:

1. Lt Kol Ir Mohd Hazani bin Hj Shafie (3001912) - Mengikuti kursus MPAT sesi 2009 mulai 12 Jan 09.

2. Mej Jori Roslan bin Mohd Johari (3002161) - Bertukar ke MATM - BLP berkuatkuasa 5 Jun 08.

3. Mej Othman bin Mohamed (3002692) - Mengikuti kursus G2 mulai 12 Jan 09.

4. Mej Muhammad Azmi bin Abdullah (3002978) - Bertukar ke 93 RSD berkuatkuasa 3 Jan 09.

5. Mej Muhamad Azly bin Abd Aziz (3005325) - Bertukar ke PULAMOR berkuatkuasa 3 Jan 09.

6. Mej Saiful Bahari bin Zainol (3005827) - Bertukar ke Jabatan Arah Infantri berkuatkuasa 5 Jan 09.

7. Mej Mohd Asri bin Ishak (3006004) - Mengikuti kursus di MTAT Sesi 2009 mulai 5 Jan 09.

8. 1093980 SSjn Syamsuddin bin Abdullah - Bertukar ke 9 KOD berkuatkuasa 3 Nov 08.

9. 536770 Kpl Ariffin bin Md Zain - Bertukar ke 306 DBK Arti berkuatkuasa 13 Okt 08.

10. 1126390 Kpl Amizan bin Ab. Kipli - Bertukar ke 306 DBK Arti berkuatkuasa 7 Apr 08.

11. Kpl Osman bin Somuin - Bertukar ke 306 DBK berkuatkuasa 12 Jan 09.

12. Kpl Abu Zahrim bin Abu Bakar - Bertukar ke PUSTEKMA berkuatkuasa 15 Jan 09.

13. 1127014 LKpl Fauzi bin Tamby Hussin - Bertukar ke 93 DPP berkuatkuasa 15 Jan 09.

14. 5003905 Pbt Norhaizatul Hasrul bt Hassim - Bertukar ke 74 BOD berkuatkuasa 16 Apr 08.

15. Pn Aida bt Wahap - Bertukar ke Bhg Pembangunan berkuatkuasa 12 Mei 08.

Pengarah dan semua staf mengucapkan terima kasih di atas segala sumbangan dan kerjasama yang diberikan dan selamat maju jaya.

BPP TD juga akan mengadakan satu majlis farewell bagi meraikan staf yang bertukar pada 17 Jan 09 di The Zon, Jalan Ampang.

Wednesday, January 7, 2009

ROTI CANAI BAKAR




Bau hangit yg tiba2 melanda telah menyebabkan Mej Fitri dan Kapt Faizah terkejut dan tertanya2 "Apa pulak yg terbakar ni?" Mereka bergegas ke pantry dan mendapati sekeping roti canai sedang hangus di dalam microwave oven bersama-sama dgn pinggan melamine yang mengalasnya.

Sebaik sahaja kejadian itu dihebohkan, Mej Md Noor dgn sepantas kilat meluru ke pantry,kononnya nak menyelamatkan roti canainya itu,tapi apa kan daya,roti canai telah bertukar menjadi roti bakar.

Moral of the story: Kalau nak makan roti bakar, guna la roti gardenia atau yang seangkatan dengannya,jgn guna roti canai.....lg satu...guna la toaster kalau x berapa nak pandai guna microwave oven. Ada ke toaster kat sini?

Majlis Serah Terima Tugas PS 1 R&D





Pada 7 Jan 09 telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas PS 1 R&D di antara Lt Kol Ir Mohd Hazani bin Hj Shafie (3001912) dan Mej Fitri bin Fathilah (3006982) yang akan memangku jawatan tersebut sehingga BPP TD mendapat SO 1 R&D yang baru.

Majlis tersebut diadakan secara ringkas dengan dihadiri oleh Pengarah dan pegawai2 staf BPP TD yang lain.

Lt Kol Ir Mohd Hazani bin Hj Shafie akan melanjutkan pengajian di MPAT bermula pada 12 Jan 09. Mej Fitri pula merupakan PS 2 ILS di BPP TD.

Pengarah dan semua staf BPP TD mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lt Kol Ir Mohd Hazani atas segala sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di bhg ini selama hampir 4 tahun serta selamat maju jaya.

Kepada Mej Fitri, semoga diberi kekuatan dalam melaksanakan tugas selaku pemangku SO1 R&D.