Tuesday, May 19, 2009

Serah Terima Tugas Pegawai Staf 1 A


Majlis ini adalah sempena serah terima tugas pemangku PS 1 A, Lt Kol Md Fuad bin Abd Jalil kepada Lt Kol Reizal Arif bin Dato' Ismail. Majlis telah diadakan di Bilik Bincang BPP TD dengan disaksikan oleh Pengarah, Kol Abd Halim bin Othman dan dihadiri oleh semua staf. Semoga PS 1 A baru akan lebih bersemangat dan dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna.

Senyum lebar Lt Kol Md Fuad Sebab dapat melepaskan jawatan tersebut dengan jayanya...ahaks. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan...makan lagi.

Monday, May 11, 2009

Kursus Bantuan Logistik Bersepadu (ILS) TD Siri 2/2009

Kursus ini diadakan di Hotel Bayview, Melaka mulai 4 hingga 8 Mei 2009. Kursus ini telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama semua pihak. Seramai 19 peserta telah hadir dan turut dijayakan dengan penglibatan 3 pensyarah jemputan dari MK ATM – BLP. Di sepanjang pelaksanaan kursus, semua peserta yang hadir telah memberikan komitmen tinggi bagi mendalami ilmu yang disampaikan dan mengambil bahagian yang aktif semasa perbincangan tugasan sindiket. Melaka, Bandaraya Bersejarah....ermm seronok juga dapat pergi melancong nie.....alah sambil2 je....kenal2 tempat org....ewah...macam baru pertama kali sampai Melaka pula.

Majlis pembukaan kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg Kol Zulkapli b Rahamat, Ketua Staf, Mk 3 Div.

Majlis penutup dan penyampaian sijil pula telah disempurnakan oleh Pengarah BPP TD iaitu YBhg Kol Abd Halim b Othman. Sempurna sudah kursus ini, semoga memberi manfaat kepada semua peserta.