Monday, April 27, 2009

Sambutan Hari Lahir Bulan April

Majlis diadakan bagi meraikan pegawai dan staf yang dilahirkan pada bulan ini....tapi tahun lain2 lah....pegawai dan Staf tersebut adalah :
  1. Lt Kol Tamam bin Jamioon 28 Apr 63.
  2. Mej Mohmad Fauzi bin Puyamin 8 Apr 64.
  3. Mej Tuan Aziz bin Tuan Lembut 7 Apr 68.
  4. Kapt Norfaizah bt Sulaiman - 4 Apr 80.
  5. SSjn Azizah bt Othman - 18 Apr 66.
  6. LKpl Mohd Zailani bin Abd Hamid - 2 Apr 80.
Inilah tema ms hr bersejarah tu...x tau apa motif ntah....ahaks.

Ciri- ciri mereka yang dilahirkan pada bulan April :

* Sangat aktif dan dinamik - tuh yg tak reti duduk diam tuh.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal - alamak...no komen lah.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri - tuh yg comel2 tuh.
* Punya daya mental yang sangat kuat - kene belasah mcm pon...x heran.
* Suka diberi perhatian - manja lebih nie.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk) - eh ye ke....sll org merajuk, dia bolayan je.
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang - blh jd kaunselor nie.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut - tuh sbb jd army.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah - alamak...riak lah pulak.
* Emosi cepat terusik - aisye.....sensitif lah.
* Cuba kawal perasaan - sabar yer.
* Kecenderungan bersifat pendendam - x yah sabar lah.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan - oo.... patut lah.
* Kuat daya ingatan - patut jd doktor nie.
* Gerak hati yang sangat kuat - eh ye ke.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain - bagusnya.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada - x de pun yang pergi rsat.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu - cemburu tuh tandanya sayang.

Wednesday, April 22, 2009

Sambutan Hari Lahir Pengarah

Majlis telah diadakan sempena hari lahir lahir Pengarah yg ke tuttt.....Menunya ringkas je tp menyelerakan iaitu pulut kuning, lontong, nasi impit & pencuci mulut. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran semua pegawai dan staf BPP TD. Semoga Pengarah, YBhg Kol Abd Halim bin Othman dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Monday, April 13, 2009

Majlis Dining In & Dining Out

Majlis telah diadakan dengan gilang gemilang pada 10 Apr 09 di Kelab Darul Ehsan. Sangkut lah juga nak menghala ke sana...ditambah lagi masa hujan pula. Tujuan majlis adalah bagi meraikan pegawai & staf yang bersara, bertukar keluar & bertukar masuk. Pegawai tersebut adalah :

1. Bersara - Lt Kol Sazali bin Sukardi.

2. Bertukar keluar :
  • Lt Kol Ir Hj Tofrowaih bin Hj Mat.
  • SSjn Rahmah bt Hassan.
  • Kpl Muhamad Nazri bin Muhamad Desa.
3. Bertukar masuk :

  • Mej Mohd Pauzi bin Deris.
  • Sjn Fadli bin Hassan.
  • Kpl Abdul Rahman bin Abdul Rani.
Ramailah juga muka-muka baru kat sini. Tak kisah le tu...janji mantap. Majlis juga diserikan dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada pegawai & staf yang membawa pasangan . Tidak lupa juga hadiah cenderahati kepada pegawai & staf yang bersara & bertukar keluar. Walaupun hari hujan, majlis tetap berjalan lancar. Lepas ni siapa lg pula nak bertukar keluar? Best nya asyik makan free je.

Thursday, April 2, 2009

Kursus Bantuan Logistik Bersepadu (ILS) TD Siri 1/2009

Kursus ini dianjurkan oleh Bhg di bwh kelolaan Sel ILS. Kursus ini diadakan di Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah mulai 23 hingga 27 Mac 2009. Kursus ini telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama semua pihak. Seramai 23 peserta dan turut dijayakan dengan penglibatan 3 pensyarah jemputan dari MK ATM – BLP. Di sepanjang pelaksanaan kursus, semua peserta yang hadir telah memberikan komitmen tinggi bagi mendalami ilmu yang disampaikan dan mengambil bahagian yang aktif semasa perbincangan tugasan sindiket. Siap semua tugasan, masing-masing hilang. Dah alang2 pergi tempat org, melawat2 le apa yg patut. Lg2 kalu dpt keluar dr pejabat...huh amannya.
































Majlis pembukaan kursus ini telah disempurnakan oleh PS 1 R&D BPP TD iaitu Lt Kol Md Fuad bin Abd Jalil (3001748)













Majlis penutup kursus dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah BPP TD iaitu Kol Abd Halim bin Othman (3001127).Ini adalah kali pertama kursus ini dianjurkan di hotel. Bravo.