Thursday, March 12, 2009

Majlis Pemakaian Pangkat & Sambutan Hari Lahir Feb & Mac

Majlis tersebut telah diadakan pada 12 Mac 09 di bilik mesyuarat pejabat bagi pemakaian pangkat Sjn Mohd Fadzli bin Hassan.

Gaya jejaka yg x berapa macho...menunggu ketibaan Pengarah.


Gaya seorang Sarjan....huyooo.


Bangganya dapat naik pangkat....janji gaji pon naik.


Bacaan doa oleh al-ustaz Mej Shairul Amin...dah ada mangsa dah lepas ni baca doa masa meeting.


Majlis juga diadakan bagi meraikan staf yang lahir pada bulan Februari dan Mac ini. Semoga panjang umur dan murah rezeki kepada semua staf tersebut. Bestnye kek aiskrim lagi....sapa ntah yang pilih ntah. Selera tinggi sungguh...Staf tersebut adalah :

  1. Mej Shairul Amin bin Shaari - 22 Mac 71.
  2. Mej Mohamed Rosly bin Darasid - 3 Mac 69.
  3. PWII Abdul Hamid bin Mat Din - 7 Mac 71.
  4. Kpl Hassim bin Abd Manap - 2 Mac 72.
  5. Kpl Mohd Norlan bin Wahit - 17 Feb 77.
  6. Kpl Azri bin Abd Jamel - 24 Feb 81.
  7. Kpl Nor Aziah bt Mohd Jamaludin - 16 Mac 79.
  8. LKpl Norsin bin Sumail - 29 Feb 80.
  9. Civ Pn Norihan bt Ujud - 7 Feb 58.


Basuh dah ke pedang tuh....heran apa...janji dpt makan kek...yummiee.


Siapalah yang ternganga besar tuh....ermm sedapnya makan laksa. Tak toleh kiri kanan pun.


Mengikut kajian Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah bin Kamsah ciri-ciri orang yang lahir bulan Februari ini ialah :

* Berfikiran abstrak - ooo patut le serabut semacam je...ahaks.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak - huyoo....matematik sungguh org-org ini.
* Bijak dan pintar - pandainyeerrr.....
* Berpewatakan yang mudah berubah - silap bidang le...patut jd artis ni.
* Mudah menawan orang lain - kalu jd artis mesti banyak peminat.
* Agak pendiam - eh...becok semacam je.
* Pemalu dan rendah diri - dh mmg rendah pon...camne nk rendah diri lg tuh.

* Jujur dan setia pada segalanya - huyooo...taat setia.
* Keras hati untuk mencapai matlamat - bercita-cita tinggi semuanye.
* Tidak suka dikongkong - sp suruh masuk askar...kan dah kene kongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong - mana boleh....saya yang menurut perintah.
* Suka kegiatan yang lasak - ganas juga dia org ni.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif - tak tau le pulok.
* Mudah mempamerkan marahnya - alamak...takutnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh - mesti diaorg ni jenis simple je.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya - malu-malu kambing kunun.

* Sangat berani dan suka memberontak - x ada org memberontak pon.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya - bagusnya.
* Pemerhatian yang tajam - uik....jgn skodeng org udah.
* Suka hiburan dan sukan - lepas ni kalau ada majlis suruh dia org nyanyi...ada mangsa dh.
* Suka benda yang bersifat seni - kretif juga rupenye.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran - tak paham le.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul - ahaks....x baik ooo.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros - dermawan sungguh.
* Belajar untuk mempamerkan emosi - emosi baik ok le...kalu agak-agak nak mengamu
k tuh, simpan je lah.

Rahsia bulan Mac pula adalah seperti berikut :

* Berpesonaliti menarik dan menawan - huyooo...mesti ramai peminat ni.
* Mudah didampingi - kawan-kawan je tau...semua dah jd mak bapak org tuh.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa - eh ye ke.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati - alamak....no kome lah.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran - x jejaskan apa-apa pon kat diaorg ni.

* Suka pada kedamaian - suka sgt bila x ada org bising x tentu hala...ahaks.
* Sangat peka pada orang lain - apa lah yg dipekakan tuh.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain - mmg betul lah pilih kerjaya ni.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah - tapi asyik kena marah je....siannya.
* Tahu membalas dan mengenang budi - bagusnya.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam - perhati apa tuh.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal - x baik dendam.
* Suka berangan-angan - jgn jd mat jenin udah.

* Suka melancong - wah bestnya...cuti-cuti ni.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi - nak manja dgn siapa lah tuh.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan - alamak...no komen lah.
* Suka dengan hiasan rumahtangga - jom ramai-ramai lawat rumah diaorg.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik - lg mangsa utk karaoke.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik - x faham le.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan - nasib le semuanya kurus.


Lt Kol Tamam merayu-rayu nak juga gambar dia masuk dalam blog ni...hah amik...puas hati tuan...ahaks.

3 comments:

  1. SO 1 A punya gmbr xde ke? org tu dah la x lama lg nk brenti.mentang2 la "syg" kt SO 1 B, gmbr dia sorg je hang letak.

    ReplyDelete
  2. SO 1 A x kemaruk nak amik gambo cam SO 1 B...muakahkahkahkahkiok

    ReplyDelete
  3. Thanks and that i have a nifty present: When Home Renovation gutting a house

    ReplyDelete