Monday, July 13, 2009

Kursus Bantuan Logistik Bersepadu (ILS) TD Siri 3/2009

Kursus ini diadakan di The Legend Resort, Cherating, Pahang mulai 6 hingga 10 Jul 2009. Kursus ini telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama semua pihak. Seramai 20 peserta telah hadir dan turut dijayakan dengan penglibatan 3 pensyarah jemputan dari MK ATM – BLP. Di sepanjang pelaksanaan kursus, semua peserta yang hadir telah memberikan komitmen tinggi bagi mendalami ilmu yang disampaikan dan mengambil bahagian yang aktif semasa perbincangan tugasan sindiket. Berkursus sambil menikmati keindahan alam di tepi pantai.....perghh sakan tuh. Kira ok lah, sekali sekala relakskan minda...ewah... macamlah busy sangat kat opis tuh.

Majlis pembukaan kursus ini telah disempurnakan oleh Lt Kol Md Fuad b Abd Jalil, PS 1 R&D, BPP TD.


Majlis penutup dan penyampaian sijil pula telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Dato' Mohamad b Batcha, Panglima 4 Bgd. Semoga memberi manfaat kepada semua peserta dan diharap dapat disampaikan kepada pegawai yang lain.



No comments:

Post a Comment