Majlis telah diadakan pada 13 Jul 09 di Bilik Bincang Bahagian Penyelidikan Dan Penilaian Tentera Darat bagi upacara kenaikan pangkat anggota PTTK dan LLP Bahagian ini. Majlis pemakaian pangkat tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Kol Abd Halim bin Othman, Pengarah BPP TD. Anggota terlibat adalah :
a. 5002787 PW II Siti Aishah bt Bakar - Ketua Kerani.
b. 1099016 SSjn Zahiman bin Sabar - SSjn Tadbir.
c. 1090421 Kpl Osman bin Mohd Daud - Pemandu.
d. 538355 LKpl Abdul Wafi bin Rosli - Pemandu.
a. 5002787 PW II Siti Aishah bt Bakar - Ketua Kerani.
b. 1099016 SSjn Zahiman bin Sabar - SSjn Tadbir.
c. 1090421 Kpl Osman bin Mohd Daud - Pemandu.
d. 538355 LKpl Abdul Wafi bin Rosli - Pemandu.
Semoga anggota yang dinaikkan pangkat tersebut akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang demi melaksanakan tugas demi bangsa dan negara. Perghh ayat.....kenyang kenduri hari tuh. Majlis ini juga adalah bagi meraikan staf di Bahagian ini yang menyambut hari lahir pada bulan Mei, Jun & Julai. Staf tersebut adalah :
- Mej Mohammed Rizal bin Zakaria - 12 Mei 69.
- Kpl Nor Mohd Riduan bin Ibrahim - 15 Jun 83.
- Kpl Abdul Rahman bin Abdul Rani - 14 Jul 82.
- LKpl Rudzi bin Ibrahim - 11 Jun 76.
- Civ Pn Rosnani bt Md Radzi - 4 Jul 83.
Mengikut kajian Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah bin Kamsah ciri-ciri orang yang lahir bulan Mei, Jun & Jul ini ialah :
MEI
MEI
- Keras hati & degil.
- Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
- Pemikiran yang tajam.
- Mudah marah apabila tidak dikawal.
- Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
- Perasaan yang amat mendalam.
- Cantik dari segi mental & fizikal.
- Tidak perlu dimotivasikan.
- Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
- Mudah dipujuk.
- Bersikap sistematik (otak kiri).
- Suka berangan.
- Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
- Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
- Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam.
- Pandai berdebat. Fizikal yang baik.
- Kelemahan sistem pernafasan.
- Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
- Tidak berapa suka duduk di rumah.
- Tidak boleh duduk diam.
- Tidak punya ramai anak.
- Rajin dan bersemangat tinggi.
- Agak boros.
JUN
- Berfikiran jauh & berwawasan.
- Mudah ditawan kerana sikap baik.
- Berperangai lemah lembut.
- Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
- Idea yang terlalu banyak di kepala.
- Bersikap sensitif.
- Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
- Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
- Bersikap suka menangguh-nangguh.
- Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
- Cepat marah & cepat sejuk.
- Suka bercakap & berdebat.
- Suka buat lawak & bergurau.
- Otaknya cerdas berangan-angan.
- Mudah berkawan & pandai berkawan.
- Orang yang sangat tertib.
- Pandai mempamerkan sikap.
- Mudah kecil hati.
- Mudah kena selsema.
- Suka berkemas.
- Cepat rasa bosan.
- Sikap terlalu memilih & cerewet.
- Kurang mempamerkan perasaan.
- Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
- Suka pada barang yang berjenama.
- Mudah menjadi eksekutif.
- Kedegilan yang tidak terkawal.
- Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
- Sangat suka didamping.
- Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
- Agak pendiam kecuali dirangsang.
- Ada harga dan maruah diri.
- Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
- Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
- Sangat menjaga hati orang lain.
- Sangat peramah.
- Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
- Berjiwa sentimental.
- Jarang berdendam.
- Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
- Tidak suka benda remeh-temeh.
- Membimbing cara fizikal dan mental.
- Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
- Layanan yang serupa terhadap semua orang.
- Tinggi daya simpati.
- Pemerhatian yang tajam.
- Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
- Mudah dan rajin belajar.
- Suka muhasabah diri.
- Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
- Suka mendiamkan diri.
- Suka duduk di rumah.
- Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
- Tidak agresif kecuali terpaksa.
- Lemah dari segi kesihatan perut.
- Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
- Minta disayangi.
- Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
- Terlalu mengambil berat.
- Rajin dalam membuat kerja
No comments:
Post a Comment